Sunday, March 8, 2015

Perjalanan ke Kota Bharu


Perjalanan ke sini suatu perjalanan tidak dirancang. Perjalanan yang dipaksa. Dipaksa untuk menyampaikan ucapan penutup di Perkampungan Menara Gading Kelantan 2014/2015. Aku reda. Tanggungjawab, moga hadir hikmah terbesar dalam perajalanan ini.

Aku sedang membaca satu buku yang menyenangkan. Buku yang menyenangkan adalah kebahagiaan. Kebahagiaan yang dirasai berminggu-minggu. Buku Muhammad Abdul Khalid, The Colour of Inequality adalah buku yang sangat baik.

Buku ini adalah tentang sebuah asbab kepada apa yang berlaku kini. Asbab kepada krisis ekonomi dan social yang berlaku kini. Krisis tidak berlaku tiba-tiba. Ia ada naratifnya yang memungkinkan ia berlaku. Dalam naratif ini ada penyelesaian. Bagi yang ingin berfikir dan besar jiwanya.
Dalam buku ini ada bercerita tentang negeri yang bakal aku lawati, Kelantan. Sebuah negeri di hujung utara timur semenanjung Malaysia. Menurut Muhammad Abdul Khalid. Kelantan adalah negeri majoriti melayu. Pantai timur tidak banyak sumber yang mengayakan penjajah. Jadi ia sering dikesampingkan dalam pembangunan negara. Nampaknya, Kelantan bukan dikesampingkan kerajaan kini sahaja, dahulu juga.

Populasi penduduknya dikuasai melayu. Bangsa lain hanya mengisi 15% sahaja. Adakah ia baik ? Ia tidak baik apabila bangsa melayu dalam pemikiran selesa tidak mahu bersaing dan memajukan diri. Ia baik jika kita hidup dalam dunia Kelantan sahaja, tetapi jika mereka hidup dalam dunia Malaysia, krisis ekonomi Kelantan dan melayu khsusunya jika dibandingkan dengan negeri lain, ia menyedihkan.

Aku hadir ke Kelatan dengan bacaan teori begini. Hadir dengan pemerhatian yag luas ini. Melihat bagaimana melayu yang majoriti menjadi saudagar. Jika di negeri lain bangsa lain yang menjadi saudagar, di sini melayu yang menjadi saudagar. Namun saudagar kita ini selesa dengan dunia kecil perniagaannya. Belum berani atau belum cukup modal. Modal yang dikawal bangsa lain memang tidak mesra melayu.

Aku tidak berniat untuk bercerita tentang buku Muhammad Khalid ini.

Aku ingin bercerita yang aku temui hobi baharu yang cocok bergandingan. Membaca dan merantau.

Jauh…

Jauh merenung tingkap…

Moga dipermudahkan.


Tekad.



7/3/2015
Gua Musang

No comments:

Post a Comment