Tuesday, August 25, 2015

Oath Taking Ceremony 21 ogos 2015

Oath Taking Ceremony
21 Ogos 2015

ia adalah acara tradisi kuliyyah dentistry, iium. sewaktu batch pertama melaksanakan acara ini, aku pernah sifatkan acara ini sebagai yang paling dekat dengan tradisi Islam. kerana ia menghubungkan pelajar dengan gurunya. tidak seperti acara konvokesyen sekarang, ia hanya antara pentadbir dan pelajar.

tiba giliran aku. lewat setahun dari sepatutnya. atas kelewatan ini, tiada muncul rasa keterujaan.

namun, aku dalam ketiadaan rasa keterujaan, memori-memori sewaktu acara masih terakam dalam akal ku. memori yang lebih penting adalah wajah-wajah guruku. yang meninggalkan pesan dan nasihat ketika acara. tanpa kehadiran ibu bapa hari ini adalah antara aku dan guru-guru.

pesan ayahanda ketika acara;

segala pahit sakit dahulu akan hilang dengan kegembiraan.

jangan berfikir untuk melakukan sesuatu secara sempurna, tetapi bersikaplah aku ingin melaksanakan yang terbaik untuk hari ini dan menjadi lebih baik pada hari seterusnya.

honesty is the best policy

kami adalah 'pioneer' bagi kod iium.

jaga nama baik iium dan kod.

kami adalah pemimpin masa depan yang akan mengambil tempat mereka dihadapan.




Thursday, March 19, 2015

Rabu Gathering 19/3

Hari ini perjunpaan rabu..

Adik2 handle

Tenang..

Sidang pleno..isu pendidikan

Sunday, March 8, 2015

Usaha


Semua orang berusaha keras
Berusaha keras untuk tujuan berbeza
Mencari bahagia dalam setiap tujuan
Tujuan yang banyak ragam.

Tuhan,
Bantulah kami memgenal tujuan yang sebenar
Bahagia yang sebenar
Di atas asbab usaha keras kami
Bantulah kami yang banyak ragam

Nawla
Gua Musang
1.30am





Panorama

Gabung

Maka ayuh kita gabungkan dua tekad aku yang baru. Menulis dan merantau.

Ayuh menulis dan merantau. Membaca itu perlu.

Merantau dengan gambar. Gambar membantu aku menulis penceritaan perjalanan.

Untuk menjadi lain dari yang lain.

Aku akan mempopularkan gambar dengan mode panorama.


7/3/15

Perjalanan ke Kota Bharu


Perjalanan ke sini suatu perjalanan tidak dirancang. Perjalanan yang dipaksa. Dipaksa untuk menyampaikan ucapan penutup di Perkampungan Menara Gading Kelantan 2014/2015. Aku reda. Tanggungjawab, moga hadir hikmah terbesar dalam perajalanan ini.

Aku sedang membaca satu buku yang menyenangkan. Buku yang menyenangkan adalah kebahagiaan. Kebahagiaan yang dirasai berminggu-minggu. Buku Muhammad Abdul Khalid, The Colour of Inequality adalah buku yang sangat baik.

Buku ini adalah tentang sebuah asbab kepada apa yang berlaku kini. Asbab kepada krisis ekonomi dan social yang berlaku kini. Krisis tidak berlaku tiba-tiba. Ia ada naratifnya yang memungkinkan ia berlaku. Dalam naratif ini ada penyelesaian. Bagi yang ingin berfikir dan besar jiwanya.
Dalam buku ini ada bercerita tentang negeri yang bakal aku lawati, Kelantan. Sebuah negeri di hujung utara timur semenanjung Malaysia. Menurut Muhammad Abdul Khalid. Kelantan adalah negeri majoriti melayu. Pantai timur tidak banyak sumber yang mengayakan penjajah. Jadi ia sering dikesampingkan dalam pembangunan negara. Nampaknya, Kelantan bukan dikesampingkan kerajaan kini sahaja, dahulu juga.

Populasi penduduknya dikuasai melayu. Bangsa lain hanya mengisi 15% sahaja. Adakah ia baik ? Ia tidak baik apabila bangsa melayu dalam pemikiran selesa tidak mahu bersaing dan memajukan diri. Ia baik jika kita hidup dalam dunia Kelantan sahaja, tetapi jika mereka hidup dalam dunia Malaysia, krisis ekonomi Kelantan dan melayu khsusunya jika dibandingkan dengan negeri lain, ia menyedihkan.

Aku hadir ke Kelatan dengan bacaan teori begini. Hadir dengan pemerhatian yag luas ini. Melihat bagaimana melayu yang majoriti menjadi saudagar. Jika di negeri lain bangsa lain yang menjadi saudagar, di sini melayu yang menjadi saudagar. Namun saudagar kita ini selesa dengan dunia kecil perniagaannya. Belum berani atau belum cukup modal. Modal yang dikawal bangsa lain memang tidak mesra melayu.

Aku tidak berniat untuk bercerita tentang buku Muhammad Khalid ini.

Aku ingin bercerita yang aku temui hobi baharu yang cocok bergandingan. Membaca dan merantau.

Jauh…

Jauh merenung tingkap…

Moga dipermudahkan.


Tekad.



7/3/2015
Gua Musang

Kembali

Malam ini malam yang indah. Malam ini malam aku berfikir. Perjalaan atas bas memang suatu masa yang menyenangkan. Menyenangkan sang jiwa yang ketandusan masa untuk bermuhasabah. Waktu terasa lapang kerana waktu itu hanya antara aku dan aku. Tiada tentang orang lain. Tiada hubungan maya yang melalaikan.
Malam ini aku berfikir panjang tentang apa yang aku ingin capai tetapi tidak direalisasikan. Terlalu panjang senarainya. Ayuh selesaikan. Mulakan dengan yang paling mudah. Aku memilih untuk memulakan kembali semangat menulis. Menulis yang mudah-mudah tentang diri. Seperti Zil Faizrul yang meluahkan yang terbuku dengan kalimah pada diari kecilnya.

Aku ingin menulis kembali. Bukan dengan tulisan tangan, tetapi dengan taipan di papan kekunci.  Tulisan ku tidak cantik. Ia sering membunuh hasrat aku menulis dan mempunyai buku cacatan yang baik.

ayuh menulis kembali



7.3.2015
Mara Liner
Kuala Krai

Saturday, August 8, 2009

kenapa menulis???

sudah lama saya ingin menulis
tetapi kerana risaukan amanah yang perlu dipikul di atas segala penulisan saya,
ilmu yang masih cetek dan bahasa yang tunggang langgang
saya pendam kembali

ada rakan bertanya
"kenapa tak buat blog"
jawapan saya ringkas
"takut salah tulis"

seharian di kongres
pertama kali dalam sejarah hidup menghadirinya
terasa kecil sekali diri

namun impaknya walau seharian cukup besar
hari ini saya membuat facebook
atas nasihat sahabat yang pertama sekali dikenali di kongres

hari ini saya membuat blog
atas kata-kata DR. Sarjit
"kritikan itu baja"

saya gagahi juga diri ini untuk melancarkan blog
tetapi...
saya harus bertanggungjawab atas tulisan saya
saya harus selami ilmu saya yang cetek ini
saya harus bersedia menerima kritikan

agar...
tangungjawab
pencarian ilmu
dan kritikan
akan menyuburkan pemikiran ini..